So, apa tue jantung??
Jantung adalah satu otot tunggal yang terdiri dari lapisan endothelium yang letaknya di dalam rongga thoracic, di balik tulang dada/sternum.Tugas si jantung nie plak,mengepam darah yang kaya dengan oksigen dan nutrisi, melalui pembuluh besar ke seluruh tubuh. Ketika oksigen telah diserap jaringan, pembuluh vena membawa balik darah yang berwarna sedikit biru dan mengandungi sedikit oksigen ke jantung.
Macam mne plak nk kekalkn kesihatan jantung kte nie??
Erm, bg ak senang je...melalui pemakanan kte..bkn ke mencegah tue lebih baik dari penawarnye...jadi cegah jantung kte dari sakit dari kte sibuk mencari penawar ble kte dh menghadapi sakit jantung nnt.
So, lets take a look..mkn pe yg ptt kte amalkn utk jantung kte terus sihat..
Pertama, IKAN
Ikan dapat mengurangkan sehingga 50% risiko penyakit jantung. Di sarankan supaya mengamalkan memakan sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan dalam seminggu. Sebab tue la kucing xde sakit jantung..heheheh ^_^
Kedua, EPAL
Epal juga boleh mengurangkan sehingga 50% risiko sakit jantung jika mengamalkan 12aun jus epal atau memakan 2 biji epal sehari. Dengan melakukan amalan memakan epal ini boleh mengurangkan pengoksidaan kolesterol. Terdapat kajian yang dilakukan di Netherland mendapati kandungan phytochemical dalam buah epal pula dapat mengurangkan kematian akibat dari sakit jantung dan strok.
Ketiga, WALNUT
Walnut mengandungi sejenis lemak yang dikenali sebagai Asid Linolenic. Asid Linolenic berfungsi mengurangkan kolesterol dan menghalang pembekuan darah. Oleh itu Walnut mampu mengurangkan risiko sakit jantung sehingga 45%
Keempat, MINYAK ZAITUN / OLIVE OIL
Minyak zaitun pula kebaikanya kerana mempunyai kandungan lemak tidak tepu sehingga 77%. Dengan ini minyak zaitun boleh mengurangkan kolesterol dalam darah. Sebab tue di luar negara, mereka menggunakan minyak zaitun nie dlm masakan mereka.
Kelima, KEKACANG
Tahu tak korang kandungan kacang mempunyai bahan yang boleh meningkatkan fungsi saluran darah. Kekacang sebenarnya mampu mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga30%. Jadi cbe la kekacang hari nie.
Keenam, OAT
Pernah tgk iklan quaker oat yg ada Amy Mastura tue x?? Tidak ramai pengemar oat di Malaysia ini, even ak pown x gemar oat nie, namun sebenarnya oat dapat mengurangkan sehingga 29% risiko penyakit jantung. Makanlah oat secawan setiap hari ini dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.
caya laaaa :)
ReplyDelete